Palestin: Malaysia hantar poskad khas kepada PBB terima Palestin sebagai negara anggota

 

Imej via Pos Malaysia

Bagi menzahirkan hasrat rakyat Malaysia agar menerima Palestin sebagai negara anggota, Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri hari ini menandatangai dan mengirim poskad khas kepada Setiausaha Agung PBB serta menggesa keganasan dan kezaliman terhadap Palestin dihentikan segera.

Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim berkata menerusi Facebooknya bahawa poskad itu akan diserahkan kepada wakil tetap Malaysia ke PBB sambil berharap suara rakyat Malaysia ini akan mendapat perhatian serius daripada PBB iaitu Antonio Guterres. 

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia juga boleh turut serta kempen tersebut dengan membeli poskad ityu di semua pejabat pos atau menerusi laman web Pos Malaysia. -  BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post