GRS tidak akan sertai mana-mana 'Langkah' - Hajiji

 

Foto - SINAR

Pengerusi GRS DS Hajiji Noor memaklumkan bahawa GRS tidak akan menyertai mana-mana 'langkah' untuk menggulingkan kerajaan persekutuan kerana ia akan menjejaskan kestabilan negara. 

Menurutnya, ketika ini kerajaan berfungsi dengan baik dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri. 

"Jadi, mengapa perlu mengucar-kacirkan keadaan? Kita bekerja demi kemakmuran negara dan rakyat,kami tidak menyokong sebarang langkah yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

Katanya, Malaysia mengamalkan demokrasi dan mana-mana pihak yang ingin menjadi Perdana Menteri perlu mengunggu Pilihan Raya Umum seterusnya dan rakyat akan membuat pilihan.

GRS akan terusmemberikan sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan yakin dengan kepimpinan beliau.

"Biarlah beliau memimpin negara kita yang berbilang kaum ini ke arah kemakmuran," Tambahnya sambil mempersoalkan tindakan yang diambil oleh pihak pembangkang boleh mengganggu gugar kesejahteraan rakyat. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post