Houthi berikrar untuk menyerang pasukan maritim di Laut Merah pimpinan AS

 

Foto - Arab News

Houthi yang disokog Iran berjanji untuk menyerang pasukan maritim di Laut Merah yang dipimpin Amerika Syarikat (AS) jika mereka cuba menghalang militan itu melaksanakan embargonya terhadap semua kapal yang menuju ke israel.

Negosiator senior Houthi, Mohammed Abdul Sallam berkata bahawa kumpulan itu akan terus menghalang Laut Merah daripada dilalui kapal-kapal yang menuju ke israel, dan mana-mana pasukan yang menghalang tindakan itu akan turut diserang.

Tegasnya di X, "Barang siapa yang cuba mengintensifkan konfrontasi mesti membayar akibat perbuatannya, dan koalisi Amerika adalah untuk mempertahankan israel dan memiliterkan laut tanpa sebab, dan (ini) tidak akan menghalang Yaman daripada meneruskan aktiviti sahnya untuk menyokong Gaza."

Houthi telah melepaskan peluru berpandu dan dron ke kapal-kapal dagang dan tentera laut yang diyakini sedang menuju ke israel di Laut Merah. Militan itu mendakwa serangan mereka adalah untuk memaksa israel berhenti mengebom Gaza dan membantu membolehkan bekalan makanan dan air masuk ke Palestin.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Amerika Syarikat, Loyd Austin mengumumkan pembentukan pasukan serantau yang dipimpin negaranya untuk melindungi kapal-kapal yang belayar di Laut Merah daripada diserang Houthi.

Menurut pemimpin Houthi, Mohammed Al-Bukhaiti, pasukan antarabangsa tidak akan menghalang militan itu daripada menyerang kapal-kapal di Laut Merah.

"Walaupun Amerika berjaya mengumpulkan seluruh dunia, operasi ketenteraan kami akan terus sehingga jenayah genosida di Gaza dihentikan, dan makanan, ubat, dan bahan api dibenarkan memasuki (untuk) penduduknya yang terkepung, tidak kira pengorbanan apa yang diperlukan oleh kami."

Ancaman Houthi datang sehari selepas Aidarous Al-Zubaidi, naib presiden Majlis Pemimpin Presiden Yaman yang diiktiraf secara antarabangsa dan presiden Majlis Transisi Selatan yang menyokong kemerdekaan, dan pemimpin ketenteraan Yaman yang tua melawat pulau strategik Mayyun, juga dikenali sebagai Pulau Perim, di Selat Bab Al-Mandab di pintu masuk selatan Laut Merah.

Al-Zubaidi dilaporkan berkata bahawa pasukan "akan mengambil bahagian dalam sebarang inisiatif atau koalisi multilateral untuk melindungi laluan penghantaran global," yang dilihat bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanannya bahawa Yaman tidak akan menyertai pasukan marin yang dipimpin AS. - Arab News


Post a Comment

Previous Post Next Post