Banjir: 5 kawasan di Johor Bharu dilanda banjir

 

Foto - FB APM Johor

Lima buah kampung di daerah Johor Bharu dilanda banjir dengan beberapa sungai berada pada paras bahaya dan waspada. 

Hujan lebat sejak malam tadi itu menyebabkan kira-kira 538 orang daripada 158 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas air naik memasuki rumah.

Kawasan yang terlibat ialah Kg. Paya Kenangan, Kg. Pasir Tebrau, Kg. Kangkar Tebrau, Kg. Sentosa Damai dan Kg. Sentosa Barat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) berkata PPS telah dibuka iaitu Dewa Muafakat Kg Cahaya Baru dengan 311 orang masa dan SK Bukit Mutiara, 227 orang mangsa.

Sungai Siku Kg. Murni Jaya di Kulai dilaporkan berada pada paras bahaya iaitu 17.88 meter. Manakala Sungai Muar Kg. Awat tahap waspada dengan 8.03 meter. - BERNAMA



Post a Comment

Previous Post Next Post