Politik: Annuar Musa dilantik sebagai timbalan ketua pengarah pilihanraya PAS

Imej: BH

TS Annuar Musa memaklumkan bahawa beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pengarah pilihanraya PAS. Keputusan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan bahawa keputusan itu telah dibuat selepas mesyuarat PAS baru-baru ini. 

"Terima kasih kepada presiden dan jawatankuasa pusat atas kepercayaan yang diberikan. Saya akan cuba untuk memberi sumbangan sebagai ahli parti.." Kata Annuar Musa. 

Beliau akan bertemu dengan presiden parti dan Pengarah Pilihanraya, Sanusi Nor untuk membincangkan peranan barunya dalam parti. 

Selain Annuar, Shadidan Kassin turut dilantik sebagai AJK PAS bersama 7 yang lain. 

Sumber: FMT

Post a Comment

Previous Post Next Post