Kegagalan Padu adalah Kegagalan Rafizi, Kata Puad

 

Imej: Laman Padu

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr. Puad Zarkashi, mengatakan bahawa kelemahan Pusat Pangkalan Data (Padu) adalah kegagalan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Menurutnya, Rafizi dikenali sebagai "Raja Formula," tetapi formula-formulanya semua gagal.

"Dulu Rafizi suka menghasut, BN itu barang naik. Najib itu 1MDB, 1MDB itu Najib. Sekarang hukum karma dipulangkan kepada dia." Katanya di Facebook. 

Beliau berkata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah meminta Rafizi untuk menjelaskan isu-isu Padu kepada Kabinet.

"Kerajaan Sarawak secara terbuka negatif pada PADU. Ia ibarat telanjangkan diri kata seorang Menteri Sarawak." katanya.

Puad juga mempersoal sama ada sistem penghantaran kebajikan rakyat akan terencat dan bertambah teruk?

Dipetik The Star Online, pada Sabtu lalu iaitu 23 Mac 2024, Anwar meminta Rafizi menjelaskan isu pendaftaran Padu dalam mesyuarat Kabinet susulan kebimbangan yang timbul oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengenai sistem itu. 

Post a Comment

Previous Post Next Post