AFC Cup: Terengganu FC menang 3-2 ke atas Stallion Laguna FC

 

Foto - FB AFC CUP

Sony Norde menjadi wira pasukan Terengganu FC selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan kepada pasukannya pada minit-minit akhir perlawanan. 

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Binan, Filipina itu menyaksikan pasukan tuan rumah mendahului Terengganu FC seawal minit ke-3. Pada minit ke-14, pintu gawang Terengganu FC sekali lagi dibolosi hasil jaringan Griffin McDaniel untuk menjadikan kedudukan selesa 2-0.

Terengganu FC kemudian menggandakan asakan ke pintu gol Stallion Laguna dan pada minit ke-33, pintu gawang Stallion bolos selepas pemainnya, Matthew Nierras tertanduk ke gawang sendiri. 

Kedudukan 2-1 kekal hingga ke wisel penamat separuh masa pertama.

Pada minit ke-67, Terengganu FC berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Ivan Mamut yang mendapat lorongan daripada Sony Norde.

Terengganu FC meneruskan asakan dan pada mninit ke-87, Terengganu FC berjaya mendapatkan jaringan kemenangan hasil rembatan Sony Norde yang menewaskan penjaga gol Stallion.

Kemenangan itu berjaya memberikan Terengganu FC 8 mata, 1 mata di belakang pasukan dari Australia, Central Coast Mariners yang berjaya mengalahkan Bali United FC dengan jaringan 2-1.

Esok, 9 November 2023, Sabah FC akan bertemu Hai Phong FC dari Vietnam di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Perlawanan kedua-dua pasukan akan bermula jam 8.00 malam. 

Post a Comment

Previous Post Next Post