Banjir: Jumlah mangsa di Selangor dan Perak meningkat

 

Foto - Bernama

Seperti yang dilaporkan, seramai 1250 orang mangsa banjir telah dicatatkan bagi kedua-dua negeri setakat jam 8.30 malam di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). 

Selangor mencatatkan seramai 792 orangmangsa dari 200 buah keluarga yang telah di tempatkan di 10 buah PPS termasuk PPS yang baru dibuka iaitu Dewan Orang Ramai Dengkil,Sepang. Paras Sungai Langat dilaporkan telah melebihi paras amaran setakat jam 7.30 malam walaupun tidak hujan.

Manakala di Perak pula, seramai 458 orang mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara yang melibatkan 139 buah keluarga. 

Paras air Sungai Bidor di Changkat Jong dilaporkan masih pada tahap paras bahaya iaitu 4.29 meter. Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang pula 13.46 meter. - BERNAMA



Post a Comment

Previous Post Next Post