2 ditahan hina Agong dan Ugut Perdana Menteri

 

Foto - SInar Harian

Dilaporkan bahawa 2 lelaki telah ditahan di Kelantan bagi membantu siasatan kes berbaur penghinaan terhadap YDP Agong dan ugutanjenayah terhadap Perdana Menteri. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain berkata, kedua-duanya adalahwarga tempatan dan berusia antara 37 dan 34 tahun. 

Tangkapan dibuat di Kota Bharu pada 26 November iaitu seorang pemilik akaun Facebook yang memuat naik komen kecenderungan menghasut kebencian dan tidak setia terhadap mana-mana raja. Dia ditahan reman selama 4 hari sehingga 30 November dan disasat  mengikut Skesyen 4 (1) Akta Hasutan 1984 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja dan Seksyen 233 Alta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Tangkapan kedua dibuat pada 28 November di Jalanpadang Tembak, Kota Bharu pemilik akaun TikTok yang membuat ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri. Dia direman selama 3 hari sehingga 30 November dan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Alta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Kedua-duanya masih di peringkat siasatan oleh Unit Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Pihak Polis tuurut menasihati orang ramai supaya prihatin terhadap perkara sensitif terutamanya terhadap kegentaran awam dan keselamatan negara di media sosial.

- BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post