Peguam negara ada kuasa bagi kes Zahid - PM Anwar

Imej



Anwar Ibrahim menegaskan tiada campur tangan beliau berhubung keputusan mahkamah, melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, daripada semua 47 pertuduhan. Lapor MalaysiaNow.

Menurutnya, peguam negara mempunyai kuasa sepenuhnya dalam mengendalikan kes tersebut.

“Jaksa agung (peguam negara) ada wewenang (kuasa) sepenuhnya dan diberikan alasan-alasan. Saya berikan wewenang kepada jaksa agung, kerana dia bicara tentang 200 halaman permohonan baharu oleh Zahid.

“Ini keputusan jaksa agung jadi saya tidak campur,” katanya.

PM Anwar turut berkata ia tidak menjejaskan kredibiliti kerajaan dan menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya yang keras membanteras rasuah.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Keputusan itu di buat oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, bagi menghentikan prosiding kes.

Zahid sebelum ini menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), supaya pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Representasi pertama dikemukakan pada Januari lalu, manakala pada Februari, permohonan disertakan lengkap dengan fakta dan bukti baharu, dihantar kepada AGC pada Februari.


Post a Comment

Previous Post Next Post