UiTM di Australia, kongsi ilmu



Dipetik Sinar Bestari, Inisiatif khidmat masyarakat dengan warga pelajar dilihat dapat membantu mengasah kemahiran dalam diri mereka. Apatah lagi jika dijalankan di peringkat antarabangsa.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Kampus Jasin menerusi Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) bakal menganjurkan projek Towards A Better Nature International Corporate Social Responsibility (I-CSR) bertempat di Qaswa House, West Perth, Australia pada 19 Ogos ini.

Seramai 50 orang peserta, 10 daripadanya merupakan warga FPA sementara 30 lagi pelajar sekolah dan 10 peserta lagi ialah sukarelawan.

Antara aktiviti yang disusun ialah sesi ‘Hands on’ yang melibatkan penyediaan tanah untuk anak pokok dan turut memfokuskan kepada pembinaan taman mini bertemakan ‘Together With You’ untuk penanaman pokok herba dan bunga. Selain itu, peserta akan berkongsi demonstrasi pembuatan minyak pati tea-tree.

Kursus ini diharap para pelajar dapat mengaplikasikan ilmu teori yang dipelajari di dalam kelas secara praktikal serta dapat diturunkan kepada komuniti masyarakat.

Program ini juga dapat membantu komuniti dan mewujudkan dalam diri peserta tentang kepentingan alam sekitar pada masa akan datang.

Post a Comment

Previous Post Next Post