Oyen dan Capybara: Oyen dah terkenal satu dunia

Imej via HM


Kehadiran seekor kucing bernama 'Oyen' yang berkawan dengan tikus gergasi Capybara di Zoo Negara telah membawa nama zoo tersebut ke serata dunia. Interaksi antara Oyen dan Capybara ini telah berjaya meningkatkan jumlah pengunjung Zoo Negara dengan lebih dari 3,000 orang pada hujung minggu.

Naib Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana, memaklumkan bahawa Oyen, telah menjadi 'Star of Zoo Negara' mendapat populariti yang luar biasa kerana persahabatannya dengan Capybara selama tiga tahun.

Bagi menghargai jasa Oyen, pihak Zoo secara rasmi telah memasang papan tanda bernama Oyen bersama-sama dengan nama Capybara. 

Kisah Oyen dan Capybara ini terus mendapat perhatian sehingga berjaya menarik ramai pengunjung hadir ke Zoo Negara semata-mata untuk melihat Oyen, sedangkan Oyen hanya seekor kucing yang biasa ditemui di mana-mana. Namun, persahabatannya dengan capybara itu menjadikannya sangat comel dan unik.

Oyen dan Capybara kini menerima banyak perkongsian video dan sangat popular di Tiktok.





Post a Comment

Previous Post Next Post