Nahas Pesawat di Elmina: Datuk Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba - Syed Ibrahim

Sumber imej

Datuk Seri Johari Harun salah seorang mangsa telah menghadiri Mesyuarat Pembangunan Negeri di Pekan Kuah, Langkawi anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Pahang sebelum maut dalam nahas pesawat di Elmina. Lapor Sinar Harian.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, pada mesyuarat itu Allahyarham membangkitkan isu pembinaan rumah bagi golongan memerlukan sebelum keluar secara tiba-tiba daripada mesyuarat tanpa memaklumkan.

Syed Ibrahim berkata, kebiasaannya Allahyarham akan memaklumkan terlebih dahulu.

"Mesyuarat itu selesai jam 2 petang dan kami pergi ke warung makan tengah hari dan solat pada jam 2.30 petang.

"Kami (kemudian) hendak meninggalkan lokasi kira-kira jam 3 petang dan mendapat berita bahawa Allahyarham terlibat dalam kemalangan pesawat terhempas yang membawanya di Subang.

"Maka Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) dan saya serta rakan-rakan bergegas balik dan tiba pada jam 10.30 malam tiba di Hospital Klang. Ternyata jenazah belum sampai, masih dalam siasatan dan di bawah urusan pihak berkuasa," katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zulkifli Yaacob, tiga Exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

Kesemua pemimpin negeri Pahang bersama keluarga, rakan-rakan dan pengurusan hospital menunggu jenazah Allahyarham sambil membaca Yasin dan doa.

"Alhamdulillah selesai berdoa beramai-ramai, jenazah tiba dibawa pihak berkuasa tepat jam 1.15 pagi.

"Semoga arwah Datuk Seri Johari Harun dan rakan-rakan yang terlibat dalam kemalangan ini dicucuri rahmat, magfirah dan ditempatkan di lliyin, amin," katanya.

Dalam kejadian itu, seramai 10 orang telah terkorban yang mana 8 daripadanya adalah daripada dalam pesawat itu termasuk Datuk Seri Johari Harun. 

Psawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.48 petang.

Pesawat itu dikesan melencong ke kanan dari laluan penerbangan dengan siasatan awal mendapati ia sudah mendapat kebenaran untuk mendarat oleh menara kawalan Lapangan Terbang Subang.





Post a Comment

Previous Post Next Post