Menteri Besar Selangor angkat sumpah minggu depan

Imej

Menurut satu laporan bahawa Menteri besar Selangor akan mengangkat sumpah pada minggu hadapan iaitu pada hari Isnin. Lapor MalaysiaGazette. 

Kelewatan disebabkan oleh persiapan yang perlu dilakukan oleh pihak Istana selepas Sultan Selangor pulang menjalani rawatan di luar negara. 

Sumber mengatakan bahawa setakat ini calon Menteri Besar yang mendapat restu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah Datuk Seri Amirudin Shari.

"Semalam (Isnin) sudah ada mesyuarat. Semua positif setakat ini. Istana mahu tiga nama, parti sudah hantar tiga nama memberi keutamaan penuh kepada Datuk Seri Amirudin Shari. Ini juga kerana prestasi cemerlangnya mentadbir Selangor.

"Ahli penggal pertama Dewan Undangan Negeri (Dewan) berkemungkinan besar tidak akan dipilih kali ini," dipetik sumber.

Dua lagi nama yang diserahkan kepada pihak istana ialah Borhan Aman Shah (Tg Sepat) dan Fahmi Ngah (Seri Setia). Kerajaan Perpaduan juga dilaporkan akan mengekalkan Amirudin sebagai Menteri Besar sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang di Selangor.

Gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri Selangor selepas memenangi 34 daripada 56 kerusi.


Post a Comment

Previous Post Next Post