Letupan kuat di Padang Besar



Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, satu letupan kuat telah berlaku di hadapan sekolah kebangsaan di Padang Besar awal pagi ini. Hasil siasatan awal polis, letupan itu disyaki berpunca daripada bahan letupan buatan sendiri menggunakan paip besi.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 7.30 pagi daripada pengawal keselamatan sekolah, bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

"Pengawal keselamatan itu memaklumkan mendengar satu bunyi letupan kuat di hadapan luar pagar sekolah pada sekitar jam 4 pagi,” katanya.

"Hasil siasatan awal mendapati bahan letupan tersebut dipercayai buatan sendiri menggunakan paip besi,” katanya.

Mohd Shokri menasihatkan masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis dan mengganggu gugat ketenteraman awam.

"Sebarang maklumat berkaitan keselamatan atau kejadian jenayah boleh disalurkan di talian hotline 60 4942222,” katanya. - Bernama



Post a Comment

Previous Post Next Post