Pertubuhan majikan kecewa terhadap Rafizi pulih ekonomi

Foto

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) kecewa dengan prestasi daripada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan mengingatkan beliau skop tugasnya yang sebenar ialah untuk menambah baik ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat. 

"Setakat ini MEF masih belum melihat sebarang rancangan konkrit daripada menteri ekonomi yang benar-benar tertumpu dan diformalkan yang mampu menambah baik ekonomi negara seterusnya meningkatkan taraf hidup negara dan rakyatnya," kata Presiden MEF Syed Hussain Syed Husman dalam satu kenyataan.

Menurut MEF yang terkejut dengan tindakan Rafizi yang bercakap di luar bidang kuasanya.

"Ini sepatutnya di bawah bidang kuasa menteri sumber manusia," tambah Syed Hussain. 

Ia berlaku selepas Rafizi mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan model gaji progresif yang mungkin mendorong kepada kenaikan gaji tahunan secara mandatori.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post