Perak: Bomba selamatkan harta bernilai lebih RM143 juta

Foto

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berjaya menyelamatkan harta bernilai lebih RM143 juta daripada kejadian kebakaran dari Januari hingga Jun 2023. lapor Sinar Harian.

Pengarahnya, Sayani Saidon berkata, ia adalah penurunan sebanyak 12 peratus berbanding tahun lepas iaitu harta bernilai RM163.4 juta telah berjaya diselamatkan bagi tempoh sama.

"Jumlah kerugian harta pula merekodkan lebih RM33 juta berbanding RM17.6 juta bagi tempoh sama pada tahun lepas.

"Peningkatan ini adalah disebabkan peningkatan kebakaran di musim kemarau," katanya dalam ucapan Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Jun 2023 dan Pemakaian Tanda Pangkat kepada 24 pegawai di Ibu Pejabat JBPM Perak.

Katanya, JBPM Perak mencatatkan penurunan sebanyak 44 peratus panggilan kecemasan iaitu 5,191 sejak Januari hingga bulan ini, berbanding 9,262 kes tempoh sama pada tahun lepas..

Jumlah kes kebakaran juga menunjukkan penurunan sebanyak 244 kes iaitu 5,191 bagi 2023. Tetapi bagi kes penyelamatan, terdapat peningkatan sebanyak 521 kes iaitu 3448 berbanding tahun lalu untuk tempoh yang sama. 

Menurutnya, pembaharuan strategi mempercepatkan masa tindak balas ke tempat kecemasan dan pelaksanaan praperancangan berterusan merupakan antara faktor yang membantu kejayaan operasi, selain kerjasama organisasi keselamatan kebakaran dan tadbir urus pasukan bomba sukarela yang baik. - Bernama

Post a Comment

Previous Post Next Post