Jururawat: Beri kelonggaran pilih pakaian seragam harian

Foto

Jururawat lega apabila isu pakaian seragam mereka menjadi bualan orang awam selepas kenyataan seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat. 

Seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaNow, pakaian seragam sememangnya menjadi perkara yang belum selesai walaupun telah dibangkitkan beberapa kali kepada pihak dan persatuan. 

Perkara tersebut termasuklah potongan baju, pakaian untuk tugasan luar dan kebebasan untuk memilih jenis pakaian seragam ketika bekerja. 

Seorang jururawat yang pernah berkhidmat di klinik kesihatan kawasan pedalaman di Pahang selama enam tahun berkata, dia perlu masuk ke kawasan penempatan orang asli untuk membuat lawatan.

"Ada rakan-rakan pula kena masuk ke kampung orang asli untuk hantarkan ubat tibi. 

"Kadang-kadang kena panjat semak samun dan belukar guna uniform putih jururawat. 

"Sangat tak selesa dan baju selalu juga terkoyak sebab potongan baju yang  ikut badan ataupun tercarik sebab kena duri atau dahan pokok," katanya. 

"Sebab memang dah designnya begitu," katanya. 

Seorang jururawat lelaki di Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat, Johor juga bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor supaya dibenarkan untuk memilih pemakaian semasa bertugas.

"Tak ada isu uniform misi di Malaysia ni ikut acuan Barat atau sebagainya. 

"Tapi kita tak ada acuan sendiri, jururawat di Malaysia tak standardize uniform yang boleh dipakai. 

"Ada hospital universiti pakai uniform acuan mereka, fasiliti KKM guna uniform putih. Ada hospital swasta benarkan pakai baju scrub," katanya.

Sebahagian jururawat amat berbesar hati sekiranya mereka dibenarkan untuk memilih jenis pakaian. 

Pakaian seragam jururawat mula diperkatakan apabila Wan Razali membahaskan Kertas Putih Kesihatan mempersoalkan etika pemakaian jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan, yang didakwa berpakaian ketat dan tidak patuh syariah. 

Persatuan Jururawat Malaysia dalam satu kenyataan pada Isnin menafikan dakwaan Wan Razali dengan berkata reka bentuk pakaian seragam jururawat itu memudahkan pergerakan jururawat dalam melakukan tugas harian dan turut mematuhi kod pakaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

katanya, masalah pakaian ketat adalah terpencil dan tidak mencerminkan jururawat di Kementerian Kesihatan secara keseluruhan. 

"Teguran sempit secara tidak langsung akan menjejaskan semangat kita," kata kenyataan itu. 

menurut Wan Razali, pemakaian jururawat dibawa ke Dewa Rakyat kerana terdapat pihak yang menggesa supaya ianya dibawa kepada perhatian Dewan Rakyat. 

"Justeru, apa yang saya sebut dalam Parlimen bukan sebab suka-suka. Saya luahkan apa yang telah diluahkan kepada saya. 

"Walaupun perkara ini dianggap sebagai remeh bagi sesetengah pihak, tetapi bagi saya ini adalah satu amanah yang telah diberikan kepada saya," jelas beliau.

Beliau turut menggesa KKM meneliti semula etika pemakaian jururawat wanita termasuk klinik dan hospital menentukan etika berpakaian yang sesuai sambil memberi contoh 2 hospital di Kelantan dan Pahang.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post