Intern: Ramai berpendapat perlu diberi elaun yang setimpal

Imej via tirachardz - Freepik

Latihan industri ialah proses pembelajaran ke dalam dunia sebenar sebelum memasuki alam pekerjaan sebagai persediaan untuk memahami dunia pekerjaan selepas sesi pengajian tamat. 

Berdasarkan kepada Sinar Bestari, timbul beberapa perkara yang melibatkan pelajar intern yang tidak menerima bayaran atau bayaran yang diberikan tidak setimpal sepanjang tempoh latihan. 

Bagaimana pun, terdapat beberapa pandangan daripada warga internet yang mengatakan bahawa pelajar intern perlu menerima bayaran. 

Pihak Sinar Bestari telah melakukan undian di Facebook dan sebanyak 65% pengundi memilih pelajar intern perlu mendapat elaun RM1000. Manakala selebihnya sebanya RM500. 

Bebrapa komentar juga memberitahu ada yang menerima elaun RM300 sahaja dan menerima kupon makan selama tempoh latihan. Tetapi perlu berjimat dan menggunakan kenderaan ringan seperti motorsikal. 

Ada juga yang berpandangan RM1000 adalah yang sepatutnya memandangkan pelajar intern bekerja seperti pekerja yang lain kerana perlu menanggung perkara-perkara lain seperti bil, pengangkutan dan sebagainya. 

Bagaimana pun, ada juga yang tiada masalah dengan bayaran elaun rendah. 

Syed Saddiq juga mengeluarkanpandangannya di Twitter dengan mengatakan, pelajar intern tidak meminta bayaran gaji sama seperti staf biasa.

“Pelajar intern ini hanya meminta bayaran elaun bagi menampung perbelanjaan pengangkutan, penginapan dan makanan mereka sepanjang tempoh latihan industri.

“Mereka juga perlu bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan ada yang perlu menggadaikan masa sehingga lewat malam dan hujung minggu.

“Bagaimana pula dengan nasib mereka yang datang daripada keluarga susah?” katanya.

Perkara ini perlu mendapat perhatian oleh pihak berkenaan supaya ianya dapat diteliti dengan sewajarnya. Kita perlu memahami situasi di mana tidak semua pelajar itu tergolong dari keluarga senang. Ada juga yang datang dari jauh. 

Kita perlu faham kerana ada ramai pelajar yang datang dari negeri yang berbeza. Apabila mereka perlu melakukan latihan industri, sudah tentu mereka perlu ke tempat-tempat yang menyediakan tempat untuk latihan contohnya ke pusat bandar, ibu negeri atau ke ibu negara. 

Tidak semua tempat mempunyai kemudahan latihan industri. Oleh itu, sudah tentu banyak perkara yang perlu diambil kira oleh pelajar berkenaan seperti rumah sewa, makan dan minum, pengangkutan dan sebagainya. Itu semua melibatkan kos yang tinggi.

Post a Comment

Previous Post Next Post