ADUN Belantek Isa Shafie meninggal dunia pada usia 69 tahun

Foto via

Seperti yang dilaporkan BERNAMA, ADUN Belantek Datuk Mohd Isa Shafie, 69 meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sg Petani malam tadi.

Berita kematiannya dikongsi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di laman Facebooknya.

“Saya menerima berita Datuk (Isa) meninggal dunia kira-kira jam 11.23 malam di Hospital Sultan Abdul Halim di Sg Petani. Takziah kepada semua ahli keluarganya,” tulisnya di Facebook malam tadi.

Sebelum ini, Isa menerima rawatan di unit rawatan rapi HSAH selepas mengalami jangkitan kuman di bahagian jantung, paru-paru dan buah pinggang bulan lalu.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Isa memenangi kerusi DUN Belantek dengan majoriti 2,574 undi selepas memperoleh 9,600 undi untuk menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mohd Tajudin Abdullah (7,026 undi) dan Abdul Rashid Abdullah dari PKR (2,376 undi).

Kedah, yang tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan PRU15 November lalu, akan mengadakan pilihan raya negerinya tidak lama lagi dengan lima negeri lain. – BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post