Ahli politik tidak sepatutnya masuk campur masalah Kedah & Penang

Foto via

Masalah Kedah dan Pulau Pinang perlu melibatkan penyertaan daripada ramai pakar sejarah bukan ahli politik. Dipetik Sinar Harian.

Menurut Pensyarah Kanan Bahagian Sejarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azmi Ariffin, ia kerana perbahasan tersebut memerlukan perbincangan secara teknikal tanpa terbawa-bawa dengan sentimen.

“Bila ada ahli politik yang masuk dalam perkara ini dan bawa maklumat tidak tepat. Ia mengakibatkan masalah, tambahan lagi kalau ada pengikut, lebih teruk polemiknya.

‘Perbezaan dari segi pandangan sejarah sepatutnya disambut dengan baik kerana ia bersifat harmoni. Namun, sebaliknya bila berlaku campur tangan politik.

“Tiada istilah untuk berbincangnya dari sudut tersebut, selagi masih ada ruang kefahaman yang luas. Ia dapat mewujudkan perdebatan yang sihat,” katanya semasa Program Sinar Libe ‘Sejarah atau Perlembagaan’.

Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengundang kekecohan apabila terus menegaskan yang Pulau Pinang adalah milik negeri Kedah.

Jelasnya, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.

Sultan Kedah pula bertitah, hakikat bahawa tanah Pulau Pinang hanyalah dipajak, perlu diperjelaskan secara berlandaskan fakta dan tanpa prejudis.

Baginda bertitah, perbincangan mengenai perkara itu haruslah disulami dengan fakta yang berasas dan tepat.

Azmi turut menambah, pemimpin politik tidak kira dari blok mana pun seharusnya duduk bersama bagi menyatupadukan seluruh masyarakat Malaysia.

Jelasnya, ia pernah dibuktikan pasca 13 Mei 1969 apabila wujud banyak dasar perpaduan ketika itu.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post