Ahli politik Amanah dilantik Mat Sabu ketuai agensi pertanian

Foto

Seperti yang dilaporkan MalaysiaNow, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu telah melantik lebih ramai ahli politik dari Parti Amanah untuk mengetuai dua lembaga pembangunan pertanian di Kedah dan Kelantan. 

Pengerusi Amanah Kelantan Muhammad Husain dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), manakala Pengarah Komunikasi dan Penerangan PH Kedah Kedah Ismail Salleh pula di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas mereka dalam bidang pentadbiran, dasar dan pembangunan masyarakat.

“Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti mereka dalam menggalas amanah menerajui kedua-dua badan berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Pelantikan itu dibuat kurang sebulan selepas Mohamad menamakan tiga pemimpin Amanah untuk mengetuai agensi di bawah kementeriannya, serta dua lagi daripada PKR dan DAP. 

Sebelum itu, beliau telah melantik Faiz Fadzil mempengerusikan Lembaga Kemajuan Perikanan, dan Mahfuz Omar mempengerusikan Lembaga Pertubuhan Peladang. 

Kedua-dua pemimpin itu bertanding sebagai calon PH pada pilihan raya tahun lalu tetapi tewas. 

Bekas Adun Amanah dari Perak, Aminuddin Zulkipli, dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.

- MN

Post a Comment

Previous Post Next Post