Anwar patut lantik menteri kewangan II, kata Khairy

Sumber foto

Khairy Jamaluddin berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu melantik seorang menteri kewangan II bagi membantu melancarkan pentadbiran dan proses membuat keputusan selepas Kementerian Kewangan dikatakan "perlahan".

Menurutnya, meskipun Anwar dianggap sebagai seorang ahli politik yang berbakat, ia tidak bermakna beliau mampu melaksanakan tugas sebagai perdana menteri dan menteri kewangan secara serentak.

Katanya, situasi itu akan menyebabkan banyak "fail bertimbun" apabila kerajaan tidak cukup pantas membuat keputusan.

"Percakapan yang saya dengan daripada perbendaharaan, banyak keputusan dan fail mula bertimbun dan slow (perlahan)," katanya dalam podcast “Keluar Sekejap” yang dihoskan bersama bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan.

Sebelum ini, Anwar yang sudah dilantik sebagai perdana menteri, mengumumkan dirinya turut dilantik sebagai menteri kewangan.

Keputusan itu bertentangan dengan pendirian PH termasuk Anwar sendiri yang kononnya tidak mahu mengulangi kesilapan Perdana Menteri sebelumnya. 

Khairy mencadangkan Anwar melantik Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani sebagai menteri kewangan II ekoran latar belakangnya dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Johari sebelum ini pernah ditawarkan jawatan sebagai menteri sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim, namun naib presiden Umno itu menolak tawaran tersebut.

"Tetapi dia (Johari) tolak betul-betul sebelum pengumuman dibuat kerana dia berpendapat dia lebih efektif sebagai 'backbencher'.

"Mungkin dia nak selari dengan latar belakang dia, ekonomi dan kewangan.

"Justeru, dia sudah dipertimbang untuk dilantik sebagai menteri, jadi, saya sarankan, jika PM mahu mengambil seorang daripada luar dalam kalangan profesional sebagai menteri kewangan, Johari Ghani adalah pilihan tepat," tambahnya.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post