Tanah Runtuh: Nurul Azmani mangsa pertama dikebumikan

Foto

Jenazah salah seorang mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Ladang Organik Bapa di Gohtong Jaya, Batang Kali, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Taman Selasih di sini pada jam 10 malam tadi.

Ibu Allahyarham, Siti Esah Hassan, 53, berkata, jenazah Nurul Azmani Kamarulzaman, 31, dibawa ke tanah perkuburan selepas solat jenazah di Masjid Abu Hurairah Kampung Batu 5, Jalan Ipoh di sini.

Menurut Siti Esah, Nurul Azmani merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang bekerja sebagai pembantu kantin di SJKC Mun Choong.\

“Dia menyertai perkhemahan itu kerana menemani majikannya yang juga seorang guru di sekolah itu, dan dia (Nurul Azmani) berjanji akan pulang ke kampung selepas aktiviti perkhemahan.

“Pada Rabu, malam sebelum kejadian, dia ada menghubungi saya memberitahu dia ada membeli tiket untuk pulang ke Kelantan, yang sepatutnya semalam (Jumaat),” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.

Allahyarham merupakan seorang daripada 24 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat.

Sehingga jam 8 pagi, hari ini, seramai sembilan mangsa masih hilang, manakala 61 lagi berjaya diselamatkan.

NST

Post a Comment

Previous Post Next Post