Banjir: Penduduk Sifatkan Banjir Lebih Buruk Dari 2014

Sumber foto: Penduduk Lubok Jong, Pasir Mas


Keadaan banjir di sebahagian kawasan di Kelantan disifatkan lebih buruk berbanding kejadian banjir 2014 terutamanya di beberapa kawasan di daaerah Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Terdapat beberapa kawasan yang tidak pernah dinaiki air, tetapi lain pula pada banjir kali ini. Manakala kawasan yang kerap dilanda banjir dikatakan menjadi semakin buruk. Paras air meningkat berbanding sebelumnya. 

Menurut sumber yang diterima, salah satu kawasan yang semakin buruk dilanda banjir adalah di kawasan Kampung Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan. Antaranya kawasan Taman Semasa, Bandar Baru Pasir Mas.

Awal tahun ini, kawasan tersebut dilaporkan air dari sungai berdekatan melimpah melintasi benteng. Perkara yang sama berlaku lagi tetapi paras air dikatakan lebih tinggi. Terdapat kawasan mencecah ke paras melebihi paras pinggang. 

Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas juga dilaporkan mengalami kenaikan air yang luar biasa. 

Sumber lain juga mengatakan, pejabat Majlis Daerah Pasir Mas juga dilihat dinaiki air dan ia berbeza dengan keadaan sebelum ini. 

Dalam pada itu, dilaporkan hampir semua kawasan jajahan di Kelantan terjejas banjir seperi di Rantau Panjang, Tumpat dan daerah-daerah lain. Manakala di Gua Musang dilaporkan tidak mengalami banjir. 

Jumlah mangsa setakat 19 Disember 2022 meningkat melebihi 50,000 orang. Sekitar 33,000 di Terengganu dan hampir 20,300 orang di Kelantan. 

Jumlah kematian akibat banjir yang dicatatkan setakat ini ialah 5 orang iaitu 2 lemas dan 3 terkena renjatan elektrik. 

Persoalan di sini, apakah tindakan segera oleh pihak berkenaan untuk mengatasi masalah banjir yang berulang di kawasan sama. Kejadian banjir di Kelantan bukan baru terjadi tetapi telah berlaku setiap tahun.

Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meluluskan Perolehan Darurat sebanyak RM500,000 bagi membiayai keperluan segera serta bantuan kepada mangsa terjejas banjir di Terengganu dan Kelantan.

Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata peruntukan itu adalah bagi memastikan barangan keperluan tambahan di stor, mini depoh dan pangkalan hadapan di daerah-daerah terjejas sentiasa tersedia.

Laporan menyusul

Post a Comment

Previous Post Next Post