Najib: Ini karma untuk Muhyiddin

Foto

Datuk Seri Najib Razak memberi respon terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan pemimpin yang keluar daripada Bersatu Sabah sebagai tidak setia. Lapor NST.

Bekas Perdana Menteri itu berkata ia adalah karma bagi Muhyiddin kerana pemimpin Sabah itu terdiri daripada orang yang sebelum ini keluar daripada Umno.

Beliau berkata walaupun Muhyiddin membidas pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana kononnya mereka tidak setia, Parti Pribumi Bersatu Malaysia amat terjejas selepas pemimpin GRS ini meninggalkan Bersatu.

“Muhyiddin mengutuk mereka kerana tidak setia, (Ketua Pemuda Bersatu) Wan Ahmad Fayhsal (Wan Ahmad Kamal) menuduh mereka tidak bersyukur.

“Tetapi, apa yang mereka tidak ingat ialah pemimpin GRS sebenarnya adalah ahli Umno yang sebelum ini melompat dari parti untuk membentuk Bersatu Sabah,

"Pada masa itu, Muhyiddin tidak mengutuk mereka kerana tidak setia kepada parti. Ini adalah karma," tulis Najib di Facebook.

Najib menambah Muhyiddin tidak akan menjadi perdana menteri kelapan jika tidak kerana sokongan Umno pada awal 2020.

Beliau berkata Muhyiddin mempunyai rancangan yang dikenali sebagai "scheme of things" di mana dia berniat merasuah pemimpin Umno, di samping mahu menghancurkan Umno.

“Tetapi apa yang dia rancang adalah dalam ‘schemr of things’ untuk merasuah pemimpin parti dan dia telah membuat rancangan untuk ‘memakan’ (memusnahkan) Umno walaupun parti itu menyokongnya ketika itu.

"Sehingga hari ini, Muhyiddin tidak memberikan sebarang komen terhadap rakaman audio 'scheme of things' beliau," tulis Najib.

Dalam pada itu, Najib turut membidas Muhyiddin kerana menyifatkan sekumpulan pemimpin Bersatu Sabah sebagai orang yang tidak bersyukur.

"Anda mahu Umno menyokong anda, tetapi anda mahu memusnahkan Umno pada masa yang sama? (Namun) Bersatu mempunyai keberanian untuk bercakap tentang tidak bersyukur?"

Pada Sabtu, Pengerusi Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan pemimpin parti negeri memutuskan untuk keluar parti secara beramai-ramai selepas mengambil kira situasi politik semasa negara.

Hajiji berkata langkah itu adalah demi kepentingan Sabah, demi perpaduan dan memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat untuk berjuang dan berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.


Post a Comment

Previous Post Next Post