Henti perbalahan politik, kata Adam Adli

Foto

Ketua Pemuda PKR Adam Adli, menggesa semua pihak perlu mengenepikan pertikaian politik selepas berakhirnya pilihan raya. Lapor FMT.

Perbalahan politik ketika kempen pilihan raya tidak harus dipanjangkan lagi.

“Itu merugikan banyak terutama sekali tenaga dan masa orang-orang yang sepatutnya buat kerja sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan berdepan banyak cabaran antaranya kos sara hidup dan melakukan pembaharuan yang selari dengan hasrat Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau yang bertanggungjawab sebagai timbalan menteri belia dan sukan, berkata fokusnya adalah untuk memastikan semua perancangan dapat dilaksanakan.

“Kalau sebelum ini secara tradisinya (fokus belia hanya) dalam bidang sukan dan pendidikan, tetapi sekarang dalam demokrasi dan politik jadi cabaran untuk golongan muda itu banyak, ini peranan yang akan digalas oleh kementerian.

“Saya akan bincang dengan menteri untuk pembahagian tugas yang baik buat kami berdua, (namun) saya tetap di situ untuk membantu bantu agenda kementerian dan kerajaan,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post