PRU15: PAS patut bekerjsama dengan parti lain, bukan PN

Sumber foto

Adalah Lebih baik Pas mengadakan kerjasama dengan gabungan politik lain daripada terus kekal dalam pakatan Perikatan Nasional (PN). Demikian apa yang dinyatakan oleh DS Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden Umno. 

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pas adalah parti politik yang lebih besar berbanding sekutunya dalam PN seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perdana menteri sementara itu berkata PAS sepatutnya mempunyai suara yang dominan berbanding Bersatu.

“Saya difahamkan Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak berpuas hati dengan kenyataan Pas (Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan).

“Pas dikecam selepas parti itu menyatakan pandangan (membina kerjasama politik dengan parti lain selepas pilihan raya).

“Kalau begini, lebih baik Pas (pertimbangkan) bekerjasama dengan parti lain,” katanya kepada pemberita di Projek Perumahan Awam Seri Perlis 2 di sini hari ini.

Turut hadir sama ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

DS Ismail Sabri diminta mengulas berkenaan dengan kenyataan Takiyuddin yang berkata PN boleh membentuk kerajaan bersama BN dan yakin BN akan bersetuju selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kenyataannya itu bagaimanapun mengundang rasa tidak senang pengerusi PN Muhyiddin dengan mengatakan Takiyuddin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap tentang pembentukan kerajaan baru dengan BN.

Muhyiddin kekal pendiriannya untuk membentuk kerajaan sendiri melalui Perikatan Nasional (PN).

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post