Najib Menafikan Akan ‘dibebaskan’ jika BN menang PRU15

Sumber foto FMT

Dipetik daripada FMT, Najib Razak menafikan terhadap dakwaan yang mengatakan akan “dibebaskan segera” sekiranya Barisan Nasional (BN) menang, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) melalui pengampunan diRaja. 

Peguam Najib, Shafee Abdullah, berkata bekas perdana menteri itu menzahirkan rasa yang amat kecewa terhadap penggunaan namanya dalam propaganda politik tidak berasas biarpun sudah dipenjarakan.

“Anak guam kami secara konsisten sejak permulaan perbicaraannya pada 2018, mahu dibebaskan melalui proses kehakiman di mahkamah kerana bukan sahaja beliau mahu mendapatkan kebebasan, tetapi membuktikan integriti dan legasinya.”

Menurut Shafee, Najib yakin peluangnya untuk dibebaskan dari penjara adalah melalui permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan sejajar dengan Peraturan 137 dan Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995.

“Permohonan anak guam kami bagi semakan ini secara khusus bersandarkan kepada asas bahawa proses dan keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan ketika rayuannya, adalah menafikan hak perlembagaannya bagi pendengaran kehakiman yang adil.

“Di mana peguamnya tidak diberikan peluang untuk bersedia secara mencukupi bagi proses rayuan menyebabkan peguam tidak dapat mengemukakan hujah bagi pembelaan, sekali gus meletakkan anak guam kami tanpa sebarang wakil pembelaan yang efektif di mahkamah,” katanya.

Tambahnya, Najib kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan beliau tidak pernah menggunakan sesen pun dari RM42 juta bagi kegunaan peribadi.

“Selain itu, bagi tempoh beberapa tahun ini, termasuk semalam, 14 November 2022, Mahkamah Tinggi telah mengekalkan (dengan mengambil kira kenyataan saksi pendakwaan) bahawa semua barangan yang disita oleh polis dan SPRM pada 2018 ketika serbuan yang dikenali sebagai “Serbuan Pavillion dan Langgak Duta”; bukan hasil dari aktiviti haram (termasuk 1MDB/SRC).

“Tetapi adalah hadiah yang diberikan kepada anak guam kami dan keluarganya melalui tempoh beberapa dekad oleh pelbagai orang kenamaan, ahli keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post