Belum ada perbincangan bentuk kabinet - Mat Sabu

sumber foto

Mohamad Sabu,Presiden Parti Amanah Negara, berkata setakat ini Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memanggil ahli parti gabungan untuk membincangkan perkara itu.

“(Perbincangan) bentuk kerajaan, kita (PH) belum bincang, tetapi kita akan tubuh kerajaan secepat mungkin.

“Untuk jawatan menteri dan sebagainya, terserah kepada Perdana Menteri. Saya tidak tahu (sama ada) akan tersenarai (menteri kabinet) atau tidak,” katanya ketika ditemui selepas majlis meraikan petugas PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Kota Raja pada Sabtu.

Sebagai rekod, Mohamad Sabu pernah menyandang portfolio Menteri Pertahanan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Pada PRU15 kali ini, beliau masih mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja dengan majoriti 73,998 undi.

Dalamucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh jentera akar umbi PH di Parlimen Kota Raja yang telah menjalankan tugas dengan baik sehingga memperoleh kemenangan.

“Boleh lihat malam ini melibatkan semua kaum walaupun ada percubaan memainkan isu perkauman, kawasan Kota Raja kekal dengan perpaduan antara kaum.

“Inilah punca kemenangan kerana mereka bekerja secara sukarela, mereka tahu apa yang saya lakukan walaupun tiada dalam kawasan kerana berkempen di tempat lain, semua jentera kita faham,” ujarnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post