Pertahan ringgit: Kerajaan telah ambil banyak langkah namun, masih tidak berjaya - Saudara Lim Sian See

Imej: Google


Saudara Lim Sian See dalam satu kenyataannya di Facebook berkata bahawa Menteri Kewangan II telah mengambil bebrapa langkah untuk pertahan nilai ringgit. Namun, menurut saudara Lim, usaha sejak itu tidak menunjukkan kejayaan bagi mengukuhkan nilai ringgiir dengan lebih ketara. Hanya sekitar 6 sen sahaja berbanding nilai paling lemah RM4.80 kepada RM4.74.

Langkah-langkah itu antaranya, BNM terus memantau pasaran kewangan dan mengambil langkah perlu termasuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan yang mana menurut saudara Lim, BNM sedang dan telah melakukan intervensi dengan menjual USD dari rizan untuk membeli ringgit.

Selain itu, BNM juga menggalakkan syarikat pengeksport untuk menukar hasil eksport mereka kepada Ringgit, dengan harapan mengurangkan kebergantungan terhadap dolar Amerika Syarikat.

Kerjasama antara Kementerian Kewangan dan BNM telah menyusun tindakan yang sepadu dan terselaras untuk mengalirkan aliran wang ke dalam pasaran pertukaran mata wang asing. Usaha ini termasuk mendorong entiti seperti Dana Simpanan Pekerja (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk membawa pulang pendapatan pelaburan asing dan menukarkannya kepada Ringgit.

Kerajaan juga turut mengawal pelaburan luar negara oleh syarikat swasta, dengan menggalakkan pelaburan domestik sebagai keutamaan serta menangguhkan pelaburan luar negara baharu.

Post a Comment

Previous Post Next Post