Bantuan OSA Jepun hanya libatkan dron dan bot pemintas untuk maritim - Mohamad Hasan

 

Foto - The Sun

Menteri Luar, Datk Seri Mohamad Hasan berkata, peralatan yang bakal diterima Malaysia menerusi bantuan Program peningkatan kapasiti Keselamatan (OSA) dari Jepun aialah dron dan bot pemintas untuk pemantauan dan pengawasan sempadan maritim. 

Beliau berkata bantuan itu bertujuan untuk meningkatkan keselamatan maritim Malaysia memandangkan negara-negara Asia sedang berusaha menangkis ancaman perairan mereka. 

Beliau yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Menteri Pertahanan berkata ia tiada kaitan dengan memperkukuhkan pertahanan negara daripada sebarang ancaman.

"Sempadan maritim kami adalah luas, kami tidak boleh mewujudkan pos pengawal di setiap pulau. Maka, kami melihat kepada teknologi sedia ada dan mendapati dron nampaknya berkesan, dan bot pemintas yang laju diperlukan untuk mengejar penceroboh dalam operasi menyelamat," katanya.

Sabtu lalu, Datuk Seri Mohamad Hasan menandatangani OSA mewakili Menteri Pertahanan dan disaksikan Perdana Menteri dan Perdana Menteri dari Jepun, Fumio Kishida. 

Sebelum itu, diumumkan bahawa Jepun akan menyediakan peralatan pemantauan danpengawasan kepada Malaysia - BERNAMA


Post a Comment

Previous Post Next Post