DS Anwar berperanan pastikan permohonan DS Najib sampai ke Lembaga pengampunan

 

Foto - Malay Mail

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa beliau berperanan dalam memastikan permohonan Datuk Seri Najib Razak sampai kepada Lembaga Pengampunan, dengan mengatakan ia adalah tugasnya untuk berbuat demikian sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, beliau menafikan mempercepatkan permohonan bekas Perdana Menteri itu, lapor portal berita Free Malaysia Today.

"Dalam kes ini, permohonan telah dibuat, dan memang benar bahawa sebagai perdana menteri saya memastikan ia didengar. Jadi, saya akui bertanggungjawab atas perkara itu," beliau dipetik sebagai berkata pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pagi tadi.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab beliau sebagai perdana menteri untuk memastikan semua permohonan pengampunan yang diterima perlu diberi perhatian segera termasuk permohinan DS Najib.

Beliau menolak dakwaan bahawa Lembaga Pengampunan hanya akan mempertimbangkan permohonan selepas banduan menjalani hukuman penjara tiga tahun, minimum.

Beliau berkata, lembaga mengikut prosedur dalam pendengaran permohonan yang dikemukakan.

Seperti yang dilaporkan malay Mail, Anwar menggesa orang ramai supaya tidak menuntut penjelasan terbuka daripada Lembaga Pengampunan berhubung kes Najib, dengan berkata keputusan itu telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berdasarkan undang-undang.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi wilayah-wilayah persekutuan, yang terdiri daripada peguam negara, menteri Wilayah Persekutuan, dan maksimum tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Agong.

Tambah Anwar, Agong mempunyai budi bicara untuk memberikan pengampunan, dan ia adalah prerogatif baginda sama ada mahu menjelaskan alasan keputusannya atau tidak.

"Mari kita tenang. Mari kita terima apa yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,

"Kita harus mengelak daripada menuntut penjelasan daripada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong, kerana keputusan muktamad akhirnya terletak pada beliau," Anwar dipetik sebagai berkata.

Najib didapati bersalah menyalahgunakan kedudukannya dan menyalahgunakan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta sebelum ini. 

Beliau telah mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022.

Pada 2 Februari lalu, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Najib kepada enam tahun dan mengurangkan jumlah denda kepada RM50 juta.

Keputusan itu menimbulkan ketidak puasan hati bagi pihak DS Najib yang mengharapkan pengampunan penuh dan pengkritiknya yang mempersoalkan keputusan pengampunan yang diberikan kepada bekas presiden Umno itu.

Namun, diharapkan DS Najib sentiasa tabah dan mendapat keadilan yang sewajarnya. 

Post a Comment

Previous Post Next Post