Letupan Bom di Iran: Hampir 100 orang maut di Wilayah Kerman

 

Foto - Arab News

Dilaporkan memberitahu bahawa terdapat dua letupan telah berlaku di wilayah Kerman iaitu sebuah daerah yang terletak di tenggara negara itu. Dalam serangan bom berkembar itu telah menyebabkan hampir 100 orang terbunuh ketika majlis upacara sambutan ulang tahun keempat bagi mengenang komander Qassem Soleimani. 

Letupan pertama dan kedua berlaku selepas 15 minit upaca itu berlangsung di tanah perkuburan di mana Qassem Soleimani dikebumikan. 

Setakat ini, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab ke atas letupan tersebut.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi, mengutuk dengan menggelarnya sebagai "jenayah keji dan tidak berperikemanusiaan," dan pucuk pimpinan tertinggi negara Iran, Ayatollah Khamenei, bersumpah untuk membalas dendam ke atas letupan berkembar tersebut.

Beberapa negara termasuk Malaysia, Rusia, Arab Saudi dan Turki turut mengutuk serangan itu, dan Setiausaha Agung PBB menggesa supaya pelaku diheret ke muka pengadilan.

Menteri Kesihatan Iran, Bahram Eynollahi, memberitahu bahawa jumlah kematian yang dicatatkan ialah 95 orang dan mengatakan seramai 211 orang yang lain cedera.

Iran sebelum ini pernah menyalahkan Israel atas serangan ke atas individu atau tempat di dalam sempadan negaranya namun, dakwaan itu tidak pernah disahkan atau dinafikan oleh Israel.

Seorang pegawai yang tidak dinamakan memberitahu agensi berita IRNA bahawa "dua bahan letupan yang ditanam di sepanjang jalan menuju ke Tanah Perkuburan Kerman telah diletupkan dari jauh oleh pengganas."

Sumber berita Iran menyiarkan video yang menunjukkan berpuluh-puluh mayat berselerak dengan berlumuran darah. Orang ramai melihat kejadian cuba membantu mangsa yang terselamat. Manakala yang lain bergegas meninggalkan kawasan letupan.

Beberapa agensi berita Iran yang lain mengatakan bahawa mungkin jumlah mangsa yang cedera adalah jauh lebih tinggi.

“Bunyi yang dahsyat kedengaran di sana, walaupun semua langkah keselamatan dan keselamatan dilakukan. Perkara itu masih dalam siasatan,” kata Reza Fallah, ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Kerman.

Walaupun pihak berkuasa tidak menyalahkan secara terbuka namun, komander tertinggi pasukan Quds Iran, Esmail Qaani berkata, serangan itu dilakukan oleh "ejen rejim Zionis (Israel) dan Amerika Syarikat.". Sebelum ini Tehran sering menuduh musuh ketatnya, Israel dan Amerika Syarikat terlibat dalam mana-mana serangan di dalam negara itu.

Sementara itu, jurucakap Amerika Syarikat, Matthew Miller berkata mereka tidak terlibat dalam apa-apa kejadian letupan di Iran pada hari Rabu dan percaya bahawa Israel turut tidak terlibat dalam insiden itu. - Arab News

Post a Comment

Previous Post Next Post