Hamdan Senario meninggal dunia

 



Hamdan Ramli atau Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, ahli kumpulan Senario meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) kira-kira 12.50 tengah hari tadi.

Menurut Azlee yang juga ahli kumpulan Senario berkata, jenazah Hamdan akan dibawa ke Perak dan akan dikebumikan di Ipoh, Perak. 

Allahyarham meninggalkan isteri dan 4 orang anak. pada 1 Januari lalu Hamdan dibawa ke HSA dan ditidurkan selepas mengalami komplikasi buah pinggang. Hamdan dikatakan akan bersama dengan kumpulan Senario untuk mengadakan persembahan "Wonderful Night with Senariounion" di hotel sempena sambutan Tahun baharu pada 31 Disember lepas. Namun, persembahan itu diteruskan tanpa kehadiran Hamdan. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post