Banjir: Mangsa di Johor turun, Sabah & Pahang meningkat

 

Foto - Bernama

Jumlah mangsa banjir di Johor setakat pagi tadi menurun berbanding Pahang dan Sabah. Setakat pagi tadi, seramai 264 orang mangsa di tempatkan di 7 buah PPS iaitu dua PPS di Kota Tinggi, dua PPS di Segamat, 1 PPS di Batu Pahat dan 1 PPS di Mersing.

Keadaan berbeza di Sabah dan di Pahang. Di Sabah, seramai 224 orang mangsa daripada 68 keluarga berlindung di 4 buah pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu 75 orang di 3 PPS Beluran dan 149 orang mangsa lagi ditempatkan di PPS Sandakan.

Pahang mencatatkan kenaikan dengan 40 mangsa ditempatkan di dua PPS Pekan dan 135 orang mangsa lagi di dua PPS Rompin. 

Dalam pada itu, satu dilaporkan bahawa beberapa sungai di Kelantan, Johor, Pahang, Perlis dan Terengganu berada pada paras bahaya. 

Sungai yang terlibat ialah Sungai Kelantan di Kelantan, Sungai Pahang di Pekan, Bera, Maran dan Rompin, Pahang, Sungai Endau di Kluang, Sungai Johor di Kota Tinggi dan Sungai Muar di Segamat, Johor. Manakala di Perlis ialah Sungai Arau dan Sungai Terengganu di Kuala Terengganu. - BERNAMA


Post a Comment

Previous Post Next Post