Gempa bumi China: 111 orang maut

 


Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa bumi berukuraan 6.2 skala Ritcher telah menggegarkan daerah barat laut wilayah Gansu, China pada hari Isnin 18 Disember 2023. 

Gegaran itu telah meragut nyawa 111 orang yang mana ia berlau pada jam 11.59 malam pada kedalaman 10 kilometer (km).

Dilaporkan bahawa gempa bumi itu telah menyebabkan kerosakan kepada rumah, jalan raya dan infrastruktur lain. Beberapa kampung juga dilaporkan turut terjejas seperti bekalan elektrik terputus dan gangguan bekalan air. 

Menurut laporan juga bahawa seramai 580 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan dibantu sebanyak 88 buah jentera bomba, 12 ekor anjir pengesan dan lebih 10,000 set peralatan bantuan.

Perkhidmatan kereta api yang melalui kawasan itu turut dihentikan operasi dan kerja-kerja pemeriksaan keselamatan landasan juga dilakukan. - BERNAMA

Foto

Post a Comment

Previous Post Next Post