Bola Sepak: Malaysia naik 7 anak tangga ke-130 ranking dunia

 

Foto - FAM FB

Kemaskini terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA menunjukkan kedudukan Malaysia atau Harimau Malaya naik 7 anak tangga dengan berada di kedudukan ke-130 ranking dunia. 

Jumlah mata keseluruhan yang telah dikumpul oleh pasukan Harimau Malaya ialah 1,122.87 mata yang berjaya meletakkan Malaysia di tangga ke-130 berbanding 137 sebelumnya.

Kedudukan semasa itu berdasarkan kepada keputusan terkini Malaysia dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 apabila berjaya menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dan Chinese Taipei 1-0.

Malaysia ketika ini dalam usaha untuk meletakkan pasukan itu berada di posisi ke-120 ranking dunia menjelang akhir tahun ini. 

Sementara itu di peringkat Asia pula, Malaysia berada di kedudukan ke-23, di belakang Thailand (113, FIFA), Vietnam (95, FIFA).

FAM turut memuat naik poster di Facebook rasminya.


Post a Comment

Previous Post Next Post