Banjir: Kedah meningkat, Perak kekal

 

Imej: Freepik

Dilaporkan oleh BERNAMA bahawa jumlah mangsa banjir di Kedah meingkat kepada 231 orang berbanding 210 orang sebelumnya. Peningkatan jumlah mangsa telah membuka kepada satu lagi PPS di negeri itu iaitu Taman Aman di Kota Setar, dengan menempatkan 5 mangsa dari 2 keluarga. 

Antara kawasan yang terjejas di daerah Kota Setar ialah Kampung Seberang Chegar, Kg. Alor Gunung, Kg. Alor Senjaya, Kg. Bohor, Kg. Pulau Kerengga, Kg. Anak Bukit dan Kg. Seberang Alor Gunong. Sementara jumlah mangsa di Kubang Pasu masih kekal 31 orang. 

Keadaan di Perak masih kekal dengan 178 orang mangsa daripada 52 buah keluarga. PPS yang terlibat ialah, Dewan serbaguna Padang Tembak (89 orang), SK Changkat Lobak (23 orang), SK Alor Pongsu (57 orang) dan Dewan Orang Ramai Taman Meru 2A (9 orang).





Post a Comment

Previous Post Next Post