Banjir: Jumlah mangsa menurun di 2 negeri Pantai Timur dan Selangor

 

Gambar fail - Sinar

Banjir di Kelantan dan Terengganu menunjukkan tanda semakin baik apabila jumlah mangsa di kedua-kedua negeri Pantai Timur itu merekodkan penurunan. 

Di Terengganu dilaporkan hanya 55 orang mangsa yang masih berada di PPS yang melibatkan 13 buah keluarga setakat jam 8 malam dengan 40 mangsa ditempatkan di PPS SK Atas Tol, Kuala Terengganu. Dilaporkan juga 2 PPS telah ditutup.

Keadaan di Kelantan juga menunjukkan penurunan apabila 515 orang mangsa daripada 153 keluarga masih berlindung di PPS di Pasir Mas dan Bachok.

Sebanyak 246 mangsa masih ditempatkan di PPS SK Tok Deh dan 65 mangsa lagi di SK Kedai Tanjong. Manakala di Bachok pula, 137 orang mangsa berada di PPS SK Jelawat dan 67 mangsa lagi di SMK Beris Panchor. 

Selangor juga turut mencatatkan penurunan dengan 34 orang mangsa lagi masih berada di PPS SK Sultan Abdul Aziz. - BERNAMA




Post a Comment

Previous Post Next Post