8 bekas pemimpin UMNO Menyertai PN tidak melemahkan UMNO-BN

Sumber foto

Penyertaan lapan bekas pemimpin UMNO ke Perikatan Nasional (PN) bakal memberikan impak kepada UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Menurut ADUN Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin, setiap pemimpin mempunyai kekuatan, pengaruh dan pengikutnya tersendiri.

Menurutnya, sudah pasti bekas pemimpin ini akan memberikan sedikit impak kepada UMNO-BN.

“Memang secara tidak langsung UMNO akan menerima kesan, namun kesan itu tidak akan menyebabkan parti UMNO itu menjadi terkubur ataupun menjadi lemah.

“Ini kerana mereka (pemimpin itu) kuat dan mempunyai pengaruh kerana parti bukan kerana ketokohan dan juga faktor individu semata-mata,” katanya pada Wacana Sinar Harian Siri-398 ‘Kerajaan Perpaduan, ke mana undi Melayu?’

Katanya, bekas pemimpin itu juga perlu ingat bahawa sumbangan dan peranan parti (UMNO) juga yang membina dan menjadikan mereka berada di tempat mereka pada hari ini.

“Jadi siapa juga yang menjadi presiden atau pemimpin dalam UMNO-BN, sudah pasti ingin lihat satu kestabilan dan juga ingin bina semula negara kita dari segi ekonomi, sosial dan pembangunan segala aspek dan tumpuan ini lebih besar dari kepentingan lain.

“Tekad politik ini diletakkan kesan kepada rakyat, saya yakin siapa juga pemimpin dalam UMNO-BN dan kalau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau pemimpin lain tidak berada dalam pucuk pimpinan, naratif dan perjuangan ini akan tetap diteruskan," katanya.

Tambahnya lagi, pemimpin yang tidak bersetuju dan berhijrah ke parti lain tidak akan memberikan kesan dalam parti.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali mengesahkan terdapat lapan bekas pimpinan UMNO menyertai gabungan tersebut. Bagaimanapun enggan mengumumkan nama pemimpin tersebut atas faktor keselamatan.

- Sinar

Post a Comment

Previous Post Next Post