Rafizi: Kerajaan tidak sepatutnya membenarkan amalan nepotisme dalam pelantikan

Foto

Amalan nepotisme melalui perlantikan saudara terdekat ke jawatan kerajaan perlu dielakkan. 

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau menyedari kritikan yang dilontarkan terhadap pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri dan Mohammed Iqbal Johari sebagai pegawai tugas khas Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

“Pelantikan seperti itu harus dielakkan pada masa hadapan dan oleh mana-mana kerajaan masa depan.

“Bagaimanapun, dalam urusan melibatkan Nurul Izzah dan Iqbal, pelantikan sudah dibuat.

“Ini (pelantikan) tidak melibatkan wang rakyat. Apa yang kita boleh harapkan daripada mereka ialah (pelantikan mereka) akan menambah nilai (kepada pentadbiran atau perkhidmatan).

“Saya yakin mereka mempunyai peranan (khusus) mereka (untuk dijalankan),” kata Rafizi selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Pandan Indah di sini malam tadi.

Beliau berkata, semua pihak yang terlibat dalam pelantikan seumpama itu perlu mengambil tahu tentang pandangan rakyat dalam perkara itu.

"Bagi PKR pula, kita harap dapat bergerak (daripada kontroversi). Itulah cabaran yang dihadapi oleh Nurul Izzah dan Iqbal untuk membuktikan mereka boleh memberi nilai tambah tanpa memerlukan sebarang wang untuk dibayar rakyat.

"Sudah tentu saya faham sentimen (rakyat) dalam isu ini."

Kontroversi itu dibangkitkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beliau telah melantik anak perempuannya, Nurul Izzah, sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangannya.

Johari menerima kritikan yang sama selepas anaknya, Iqbal, dilantik sebagai pegawai tugas khasnya, seperti yang disenaraikan di laman web rasmi Parlimen.

Post a Comment

Previous Post Next Post