Politik: DS Najib sindir Tun M tinggalkan pejuang

Foto

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respon terhadap keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini untuk keluar dari Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).

Dalam catatan menerusi laman tweet rasminya, bekas Ahli Parlimen Pekan itu mengejek bekas perdana menteri itu kerana keluar daripada parti yang dianggotainya sebelum ini dan dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Dia tubuh Umno Baru, dia keluar. Dia tubuh Bersatu, dia dipecat. Dia tubuh Pejuang, dan dia berhenti.

"Dia juga yang kata orang Melayu tak pandai berpolitik. Bila tak dapat sesuatu dia tubuh parti baru dan menyebabkan orang Melayu berpecah belah," kata Najib dalam catatannya hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dan 12 yang lain meninggalkan Pejuang selepas parti itu memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

Dalam surat kepada Setiausaha Agung Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah, yang ditandatangani oleh para pemimpin, kumpulan itu berkata keputusan Pejuang telah menyebabkan mereka meletak jawatan sebagai ahli parti kerana mereka telah memutuskan untuk meneruskan perjuangan mereka di bawah GTA.

Pemimpin lain yang menandatangani surat itu termasuk bekas timbalan presiden Datuk Marzuki Yahya dan setiausaha politik Dr Mahathir Abu Bakar Yahya.

GTA gagal mendapatkan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Post a Comment

Previous Post Next Post