Umno memecat tiga pemimpin Umno, menurut sumber

Foto

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memecat tiga pemimpin bahagian Umno.

Ahli MKT, Puad Zarkashi memaklumkanmereka yang dipecat seorang daripadanya berjawatan ketua bahagian dan dua lagi adalah ketua wanita bahagian kerana bertindak berkempen bagi pihak lawan pada PRU15.

Puad turut memaklumkan kali ini Zahid agak tegas berkenaan dengan disiplin ahli parti.

“Presiden parti agak tegas dalam isu disiplin dan beliau tidak akan kompromi kepada mereka yang suka burukkan parti termasuk bocorkan hasil mesyuarat MKT,” katanya ketika ditemui pemberita menghadiri mesyuarat berkenaan di Menara Dato’ Onn.

Sebelum ini, 4 ahli Umno digugurkan keahlian daripada parti kerana bertanding bagi pihak lawan dan sebagai calon bebas pada PRU15.

Menurut Ahmad Maslan berkata, empat ahli berkenaan ialah Shahidan Kassim (Parlimen Arau) dan Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) yang bertanding untuk Perikatan Nasional (PN).

Keahlian Zahidi Zainul Abidin yang bertanding sebagai calon Bebas bagi Parlimen Padang Besar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi selain Azhar Ahmad bagi DUN Kuala Perlis turut digugurkan.

Berkenaan dengan dakwaan penyelewengan perbelanjaan hampir RM600 bilion oleh kerajaan PN, Umno menyerahkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membuat keputusan.

“Ada bincang, tapi akan serah kepada perdana menteri untuk lakukan siasatan, tapi Umno yakin perlu dilakukan siasatan, kita tak mahu mereka yang kata mereka bersih, sebenarnya ada benda lain yang dibuat tapi rakyat tak tahu, jadi perlunya siasatan,” katanya.




Post a Comment

Previous Post Next Post