Pengguna tak beli barang di kedai berbeza - Isham

Foto

Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil berkata adalah sukar untuk pengguna mengunjungi kedai berbeza untuk mendapatkan barang keperluan pada harga berpatutan kerana kebiasaannya pengguna akan ke kedai yang sama.

“Kita tak pergi periksa, sayur mana murah kita ke kedai A, beras di kedai B. Takkan satu hari kita nak beli 10 barang, kita pergi 10 kedai. Orang tak buat macam tu, walaupun secara teori itu yang kita boleh cakap,” katanya dalam video yang dimuat naik ke Facebooknya.

Beliau berkata demikian berikutan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli supaya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang dijual pada harga tidak berpatutan bagi memberi isyarat kepada peniaga dan pembekal.

Kenyataan Rafizi turut dikritik pelbagai pihak, termasuk orang ramai dan ahli ekonomi, Noor Azlan Ghazali yang menyifatkan penyelesaian ditawarkan menteri itu “tidak wajar” dan “terlalu mudah”.

Bagaimana pun menurut Rafizi keanjalan dalam permintaan perlu diwujudkan sebagai mekanisme permulaan bagi kawalan harga supaya kuasa pengguna dapat dikembalikan.

Isham turut menambah, kerajaan perlu menangani isu mikro, antaranya ialah mengukuhkan nilai ringgit untuk menarik pelabur ke Malaysia.

Katanya, penting untuk kerajaan berusaha mengembalikan keyakinan pelabur asing, selain menangani kenaikan harga tenaga, termasuk sewa kedai yang tinggi.

“Harga kedai dan input kos daripada bank menyumbang kepada inflasi, itu kita kena tangani juga. Lihat dulu perkara itu, jangan bagi cadangan cari kedai yang lagi murah,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post