FIFA WORLD CUP 2022 QATAR: SEPARUH AKHIR & KEPUTUSAN

Foto

FIFA WORLD CUP 2022: PERLAWANAN SEPARUH AKHIR

  • Croatia - 0
  • Argentina - 3 (Finals)

  • Morocco - 0
  • France - 2
  1. T. Hernández 5' (France)
  2. Kolo Muani 79' (France)

Ringkasan perlawanan

  • Perancis mendahului permainan pada minit ke 5 melalui jaringan Theo Hernandez selepas berlaku pergelutan di depan pintu gol pasukan Morocco. 
  • Sekitar 15 minit permainan, Perancis hampir menambah jaringan tetapi rembatan Giroud Terkena tiang pintu gol Morocco. 
  • Pada minit ke 20' kapten pasukan Motocco Saiss di keluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan Amallah. 
  • Minit ke 25' Morocco mengatur serangan tetapi berjaya dipatahkan pertahanan Perancis.
  • Minit ke 28' pemain Perancis, dikasari dan sepakan percuma diberikan.
  • Minit 29' Morocco melancarkan serangan namun salah seorang pemain telah off-side
  • Minit 31' lorongan cantik pemain tengah Morocco dipatahkan oleh pemain pertahanan Perancis, Konate
  • Minit 35' Mbappe nyaris menambah gol melalui hantaran cantik dari tengah namun percubaannya diselamatkan, kemudian bola muntah dan gagal disempurnakan Giroud
  • Minit 39' Perancis memperoleh tendangan sudut dan kuisan Varane tidak ke gawang
  • Minit ke 40' sekali lagi Morocco gagal melancarkan gerakan kemas ke gawang Perancis
  • Minit 43' larian Hakimi dipatahkan Konate dan Morocco memperoleh sepakan sudut
  • Minit 43' sepakan gunting Yamiq hampir-hampir memyamakan kedudukan untuk Morocco tetapi terkena tiang sebelah kanan Perancis
  • Minit 45' Morocco mendapat sepakan sudut sekali lagi dan berjaya diselamatkan penjaga gol
  • Minit 45+2' Morocco menerima sepakan percuma
  • Hantaran Ziyech ditumbuk keluar oleh penjaga gol
  • Perlawanan separuh masa pertama tamat
  • Pemain Morocco lebih banyak menguasai bola namun pengalaman pemain Perancis menggagalkan serangan pasukan Morocco

  • Separuh masa kedua bermula
  • Minit 46' gerakan Mbappe di sebelah kanan Morocco hampir memberi satu lagi peluang kepada Perancis untuk menambah gol. Namun, hantaran lintangnya gagal disambut pemain Perancis. 
  • Minit 49' Morocco melakukan serangan tetapi masih gagal menembusi barisan pertahanan Perancis
  • Minit 50' Mbappe dijatuhkan dalam kotak penalti Morocco oleh Amrabat
  • Perlawanan terhenti seketika
  • Minit 52' Morocco sekali lagi gagal sempurnakan peluang untuk menyamakan kedudukan
  • Morocco masih belum mendapatkan gol penyamaan walaupun beberapa gerakan serangan ke gawang Perancis kerap dilakukan
  • Morocco banyak melakukan gerakan di sebelah kiri Perancis
  • Minit 59' Mbappe off-side
  • Minit 60' giliran Griezmann pula dijatuhkan
  • Perancis dilihat seperti cuba memperlahankan rentak permainan, hanya sesekali melakukan serangan balas ke arah gawang Morocco
  • Mbappe juga dilihat lebih berhati-hati apabila melakukan larian ke arah pintu gol Morocco selepas dia beberapa dikasari pemain pertahanan Morocco ketika melakukan serangan
  • Minit 65' satu lagi pertukaran pemain Morocco
  • Minit 66' hantaran lambung dari sebelah kanan Perancis oleh Boufal gagal ditanduk Aboukhlal
  • Pemain pertahanan Morocco banyak melakukan kekasaran terhadap pemain Perancis
  • Minit 70' sepakan percuma Perancis gagal ditanduk kemas dan tersasar ke sebelah kiri tiang gol Morocco
  • Minit 75' Morocco masih gagal menjaringkan gol apabila Hamdallah teragak-agak melakukan rembatan
  • Minit 77' pertukaran pemain Morocco dan Perancis
  • Dembele dikeluarkan 
  • Minit 79' gol kedua Perancis dijaringkan oleh pemain yang baru sahaja dimasukkan, Kolo Muani
  • Pastinya Hamdallah menyesal apabila dia memperoleh peluang keemasan untuk merembat gol. Jika dia tidak teragak-agak melakukan rembatan ke gawang Perancis, pasti corak permainan akan berubah
  • Peluang Morocco ke perlawanan akhir dilihat tipis apabila hanya tinggal 7 minit saja lagi untuk tamat permainan 
  • Minit 83' sepakan percuma Morocco
  • Para penyokong Morocco masih mengharapkan keajaiban daripada pasukan kesayangan mereka
  • Minit 89' Aboukhlal off-side
  • 6' minit masa tambahan diberikan 
  • Penyerang Morocco dilihat masih teragak-agak melakukan percubaan ke gawang lawan
  • Minit 90+4' sentuhan lemah Hamdallah gagal memberikan gol pertama Morocco
  • Perlawanan tamat
  • Perancis ke Final
Tahniah kepada Perancis, kerana layak ke perlawanan akhir bertemu Argentina! dan Morocco akan ke perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Croatia! 


Post a Comment

Previous Post Next Post