Amaran buaya di pantai Tanjung Lipat, Sabah

Gambar hiasan - Image by TravelScape on Freepik

Orang ramai diminta untuk berhati-hati ketika mengunjungi pantai Tanjung Lipat kerana dilaporkan terdapat buaya dikesan di kawasan berkenaan. 

Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah meminta orang ramai lebih berhati-hati ketika mengunjungi pantai Tanjung Lipat, di sini kerana buaya dilaporkan dikesan di kawasan berkenaan.

Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga, beliau mengesahkan video yang tular menunjukkan seekor buaya di perairan pantai itu dan jabatan itu sedang giat mengesan buaya tersebut.

Menurutnya, pemantauan sudah dijalankan akan tetapi buaya itu masih belum ditemui..

“Sekiranya buaya itu ditemui ketika pemantauan dilakukan, kakitangan JHL akan menembak buaya berkenaan, namun ketika tinjauan dijalankan semalam, tiada buaya dikesan.

“Sehubungan itu, orang awam diminta berhati-hati bila berada di tepi air dan kalau boleh elakkan sebarang aktiviti di laut atau pantai kawasan berhampiran sehingga buaya itu ditembak,” katanya ketika dihubungi.

Pantai Tanjung Lipat merupakan kawasan yang sentiasa dikunjungi pengunjung untuk berkelah. 

Post a Comment

Previous Post Next Post