Tanah Runtuh: 4 mangsa ditemui di sektor c

Foto: Bernama


Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor melalui laman Facebooknya melaporkan bahawa sehingga jam 11.04 pagi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh Jalan Batang Kali - Genting Highlands telah berjaya menemui 4 orang mayat mangsa. Keempat-empat mangsa itu ialah 1 orang kanak-kanak perempuan, 1 orang kanak-kanak lelaki, 1 orang wanita dewasa dan 1 orang lelaki dewasa di Sektor C iaitu di sekitar kawasan River Side. 

Bagaimana pun, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan bahawa terdapat pertindihan rekod jumlah mangsa yang didaftarkan iaitu 94 orang kepada 92.

Oleh itu, jumlah baki mangsa yang belum ditemui ialah 1 orang lagi melainkan terdapat laporan kehilangan daripada mana-mana pihak.


Post a Comment

Previous Post Next Post