Zahid perlu ada dalam Kabinet Anwar, Ini Penjelasan Tian Chua

Foto

Walaupun ada yang tidak bersetuju Ahmad Zahid berada dalam kabinet, bagaimanapun Zahid memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan perpaduan, yang akhirnya menyaksikan Barisan Nasional (BN) bersetuju bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, Zahid tetap dengan pendiriannya. 

“Pemimpin PH dan BN perlu membina kepercayaan dan keyakinan antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan. “Tidak dinafikan, masih terdapat keraguan dalam BN, khususnya Umno. Tetapi Zahid telah menunjukkan keupayaannya untuk menyatukan BN ke dalam pendirian bersama untuk bekerjasama dengan PH.

“Pengalaman Zahid dalam kerajaan adalah satu kelebihan dan beliau boleh melengkapi menteri PH yang tidak berpengalaman. Beliau juga boleh menjadi pengantara antara PH dan perkhidmatan awam dan segmen konservatif kerajaan.

“Zahid juga boleh berperanan dalam menghubungkan parti komponen lain dalam gabungan besar itu, seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).”

Tian Chua berkata menyingkirkan Zahid dan “kluster mahkamah” daripada Jemaah Menteri bukan bermaksud kerajaan terus menjadi bersih.

Pentadbiran sebelum ini yang dikatakan tidak terpalit dengan kes mahkamah, namun ada dakwaan berlakunya rundingan terus dan pilih kasih dalam perolehan tetap menjadi isu.

Dalam masa yang sama, Tian Chua berkata, penyertaan Zahid dalam Jemaah Menteri bukan bermaksud beliau kebal daripada pendakwaan.

“Prosiding perbicaraan harus diteruskan dan Zahid mesti membuktikan beliau tidak bersalah di mahkamah,” katanya.

Tian Chua juga berkata, jika BN mencalonkan Zahid ia adalah sebahagian daripada prinsip kerjasama dan tanggungjawab kolektif.

“Jika kita mahu serius mengenai (membasmi) rasuah, kita memerlukan pembaharuan yang sebenar untuk merombak secara sistematik institusi pemerintahan kita.

“Untuk melaksanakan pembaharuan menyeluruh, kita memerlukan kerajaan yang kuat dan berkesan. Mujurlah PH menikmati permulaan yang baik. Bagaimanapun, PH tidak mampu untuk bercanggah dengan BN pada peringkat awal ini. Kerjasama antara Anwar dan Zahid adalah sangat penting.”

Sementara itu pelbagai pihak menyarankan supaya kerajaan pimpinan Anwar tidak melantik ahli politik yang terpalit dengan kes mahkamah sebagai menteri. 


Post a Comment

Previous Post Next Post