Zahid beri amaran kepada ahli Parlimen BN

Sumber foto

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang beliau mempunyai kuasa untuk memberi kata putus dan beliau juga menafikan BN mengadakan rundingan dengan PN dalam membentuk kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kesemua ahli Parlimen BN yang memenangi PRU15 telah menandatangani aku janji untuk memberi mandat kepada saya selaku presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan," kata Zahid, yang kini berdepan tekanan hebat daripada pemimpin Umno supaya berundur berikutan prestasi buruk parti itu pada PRU15 semalam.



Post a Comment

Previous Post Next Post